2–4 pemain
Bersama rakan online
Cipta bilik peribadi dan kongsi kod enam aksara. Setiap pemain menyertai melalui peranti sendiri.
ILMU · STRATEGI · HIBURAN
Satu papan.
Seribu percaturan.
Masuki dunia kota dan tamadun Islam. Kumpul sumber, bangunkan wilayah dan uji ilmu anda dalam permainan papan strategi bersama rakan.
Terus dalam pelayar · Online, satu peranti atau lawan AI

KENALI ALKABO
ALKABO ialah Al-Khalifah Online Board Game, permainan papan digital berbahasa Melayu yang menggabungkan pengurusan sumber, pembinaan kota, pertempuran dan soalan pengetahuan.
Setiap giliran membawa pilihan: perkukuh ekonomi, bina pertahanan atau kembangkan pengaruh. Kad peluang dan risiko menjadikan setiap perjalanan berbeza.
PILIH MAJLIS ANDA
2–4 pemain
Cipta bilik peribadi dan kongsi kod enam aksara. Setiap pemain menyertai melalui peranti sendiri.
2–4 pemain · satu peranti
Berkumpul bersama keluarga atau rakan. Pilih Vs Player dan bergilir membuat keputusan pada peranti yang sama.
Solo · Vs AI
Asah strategi sendiri dengan lawan komputer. Pilih bilangan lawan dan tahap cabaran sebelum memulakan perjalanan.
PANDUAN RINGKAS
Peraturan penuh tersedia dalam menu permainan melalui “Cara bermain & peraturan”.
Masuk ke permainanTekan Main Sekarang, kemudian pilih Vs AI, Vs Player atau Multiplayer Online.
Untuk online, masukkan nama Amir dan cipta bilik. Rakan memasukkan kod bilik yang sama; semua pemain perlu bersedia sebelum hos bermula.
Gerakkan bidak, jawab soalan, urus Dinar dan sumber, bangunkan kota serta rancang kekuatan tentera anda.
BEKALAN PERMULAAN
Tentera permulaan: 3 token pejalan kaki, 2 token pemanah dan 1 token berkuda. Satu token mewakili 50 orang tentera.
SEBELUM BERMULA
Tidak. ALKABO dimainkan terus melalui pelayar web. Tekan Main Sekarang untuk membuka menu permainan.
Pilih Multiplayer Online, masukkan nama Amir dan cipta bilik. Kongsi pautan laman ini bersama kod bilik enam aksara. Rakan boleh menggunakan pilihan Sertai bilik pada peranti masing-masing.
Boleh. Pilih Vs AI dalam menu permainan untuk menentang Amir komputer.
Gunakan Resume Game atau Sambung semula bilik pada peranti dan pelayar yang menyimpan sesi anda. Untuk sesi setempat, fail simpanan juga boleh dieksport melalui menu permainan. Elakkan memadam data pelayar jika mahu mengekalkan akses kepada simpanan itu.